Ahad, 9 September 2012

Sambutan Merdeka Raya

tanggal 8 Sep 2012 SKPP telah mengadakan sambutan merdeka raya. seisi warga SKKP memeriahkanya. Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah perjumpaan dengan waris calon UPSR dan majlis bacaan yasin.







Khamis, 21 Jun 2012

Temasya Olahraga dan Sukaneka SKPP kali ke 34

Berlangsung dari padang sekolah SK permatang Pelandok telah berlangsung temasya sukan dah olah raga kali ke 34. temasya berlangsung pada 21 Jun 2012. Bermula jam 2.30 ptg dan berakhir pada 6.30 ptg. dan dirasmikan oleh Ybhg Dato' Seri Shahidan bin sabu yang juga bekas pelajar sekolah ini.

Rumah Kuning
Rumah Biru
Maskot "Pelandok"
Tematu jemputan bersama Pn GB, YDP PIBG dan Tok Sidang.
YBhg dato' Seri menerima tabik hormat



MC bertugas
Piala-piala pada hari kejohanan
Lafaz ikrar Kejohanan diketuai
 oleh Adik Muhd Haziq


olahragawati 2012
Olahragawan 2012

Johan keseluruhan dan johan perbarisan Rumah KUNING

Rabu, 23 Mei 2012

Kem Bestari Solat




Assalamualaikum..
salam 1 Malaysia
salam Perak Aman Jaya
 
Panitia Pendidikan Islan Dan Bahasa Arab telah mengadakan Kem
Bestari Solat pada 16 Mei 2012. 
Tujuan kem ini diadakankan supaya 
menjalakan teori dan amali solat kepada anak-anak pelajar.
supaya seimbang diantara akedemik dan juga rohani.
semua pelajar terlibat dalam program ini.
amali bacaan dalam solat serta kelas bimbingan diadakan.
ucapan terima kasaihh kepada smua yang terlibat dalam menjayakan
Kem Bestari Solat ini.
salamun Alaikh

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..
salam 1 Malaysia &salam Perak Aman jaya
Kami warga SK Permatang Pelandok, Chenderong Balai mengucapkan Selamat hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia.. Andalah pembentuk warisan masa depan.

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/k3xxSD81ouM" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Jumaat, 11 Mei 2012

Majlis bacaan Yassin & Tahlil sempena Hari Guru Peringkat Daerah Hilir Perak

 Majlis bacaan yassin & tahlil telah diadakan di Masjid Kg Bahagia..
Aturcara majlis solat Magrib berjaah, bacaan yassin dan tahlil, solat Is'yak berjemaah dan jamuaan ringan.
 Tuan PPD EN Zainal Abidin Otman memberi ucapan selepas baccan yasin dan tahlil..