Ahad, 1 April 2012

LDP sekolah-sekolah kelompok 2

 PROGRAM BICARA INTELEK GURU “BIG” SR KELOMPOK 2 TAHUN 2012.
TARIKH : 7 April 2012 (Sabtu)
Masa : 8.45 pg hingga 1 petang
Tempat : Dewan Utama Rumah Rehat MPTI
Kehadiran : Guru-guru 12 buah SR kelompok 2
Penceramah Jemputan : En Zainal Abidin bin Osman ( PPD Hilir Perak)
Perasmian Penutup : Dato’ Saiful Bahar bin Dato’ Mohd Arshad
                                     S/U Sulit Kanan kepada Menteri Pertanian & Asas tani M’sia

Program Bicara Intelek Guru (BIG), ini diadakan untuk memugarkan kembali tahap profesionalisme, jati diri, daya intelek dan cara berfikir warga guru sepenuhnya. Matlamat BIG ini jelas untuk memartabatkan profesion keguruan. Memberi suntikan kepada golongan guru untuk terus relavan dan terus memikul amanah dalam arus perdana yang kini  kian mencabar. Program BIG ini menyediakan ruang kepada guru untuk terus bermotivasi dan berketerampilan dalam memikul tugas yang berat iaitu membina modal insan yang berguna  dan menginsankan manusia.



Konsep BIG ini adalah ‘B”, bicarakan patriotism dan jati diri guru, halatuju pendidikan, dasar kerajaan dan isu semasa serta penyelesaiannya. Guru itu sendiri perlu ada jati diri yang kukuh dalam menjadi agen penyampaian dasar-dasar kerajaan. ‘I’ untuk Intelekkan profesion keguruan, pengetahuan guru dan guru menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Dalam keterbukaan global dan ilmu di hujung jari guru perlu peka dan tidak harus terlepas pandang mengenai isu-isu semasa dan juga isu melibatkan profesion keguruan. ‘G’ adalah untuk guru. Guru adalah murshid dan guru juga adalah murabbi, guru adalah penegak maruah agama, bangsa dan Negara. Guru perlu sedar tanggungjawab yang dipikulnya adalah begitu besar iaitu memegang amanah dan menjadi agen perubahan. Guru juga telah berikrar. Guru perlu meletakkan kepercayaan terhadaa profesion keguruan di tempat tertinggi.


 
Para peserta tiba pada jam 8 pagi. Sarapan pagi disediakan kepada semua guru kelompok 2 yang berjumlah 350 orang. Setelah selesai sarapan program BIG bermula pada jam 8.45 pagi. Pengacara memulakan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lafaz ikrar Perkidmatan Awam. Sejurus kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa untuk memberkati majlis.

Majlis diteruskan dengan ucaptama Tuan Pegawai Daerah Hilir Perak En Zainal Abidin b Osman. Dalam ucapan beliau agar semua guru bekerjasama dengan beliau iaitu untuk menjadikan PPD Hilir perak Top 1 dalam negeri Perak. Beliau juga berkongsi hala tuju pendidikan dengan guru-guru, menetapkan sasaran kerja yang tinggi, stratergi cara kerja yang betul dan guru-guru mesti bermotivasi dan bersifat generalisasi. Dalam ucapan PPD, beliau juga menegaskan transformasi budaya kerja dengan mempersiapkan diri meningkatkan kemampuan (kapasiti), pengetahuan, daya inovasi, kreativiti dan proaktif, keterampilan sera integriti.


Beliau juga menjelaskan dasar-dasar kerajaan baharu yang melibatkan NKRA sektor pendidikan iaitu KSSR, MBMMBI, IMIS, PBS,1M1S dan juga KSSM. Guru juga harus sedar akan potensi yang dimiliki oleh semua murid. Tiada seorang murid pun yang boleh tercicir dari arus pendidikan kerana setiap murid mempunyai potensi yang harus dibangunkan oleh guru. Guru harus melihat kapasiti yang dimiliki oleh murid dan bangunkan kapasiti tersebut. Kerana ianya tugas hakiki seorang guru.

Setelah Tuan PPD berucap, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutup. Jemputan khas untuk merasmikan penutup ialah Dato’ Saiful Bahar n Dato’ Arshad merupakan S/U Sulit kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani. 


Dalam ucapan Yang Berbagia Dato’, memotivasikan guru untuk terus berkhidmat cemerlang dalam tugasan. Beliau juga menerangkan NKRA untuk pendidikan iaitu Prasekolah, LINUS dan SBT. Program BIG seperti ini sewajarnya terus berlangsung untuk memastikan pendidik yang ada kini mampan dalam kemajuan tambah beliau. Beliau seterusnya lagi merasmikan penutup Program Bicara Intelek Guru SR Kelompok 2.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada 4 orang pegawai dari PPD Hilir Perak iaitu En Mat Hamdan b. Amin, En Ahmad Damanhuri b. Md Mahayuddin, En Mohd Rafangai b. Bardi dan Tn Hj Suhaimi b. Mansor, pegawai yang bertugas untuk sekolah-sekolah kelompok 2. Jutaan terima kasih kepada Jawatan Kuasa Kecil Pelaksana yang bertungkus-lumus dalam menjayalan lagi program ini.
Penyambut Tetamu : Semua GB SR kelompok 2
Persiapan tempat : SK Chikus
Protokol : SK Kg Bahagia
Hiasan Pentas : SK Sg Kerawai
Buku Program : SK Sg. Tukang Sidin
Jamuan : SK DYS & SK Permatang
Hadiah & Cenderamata : SK Perwira
PA System : SK Kg. Bahagia & SK Pekan Rabu
Juruacara : Sk Kg. Bahagia
Bacaan Doa : Sk Pengkalan Ara
Pendaftaran : Semua GK Pend. SR Kelompok 2
Pembaca Ikrar : Sk Sg. Tunku
Borang Kaji Selidik & Laporan : SK Permatang Pelandok
Juru Gambar : SK Chikus & SK Sg. Lampam

SKPP Meraikan hari Lahir warganya

Warga SKPP telah meraikan Sambutan Hari Lahir warganya, sepanjang bulan Jan-Mac 2012.
Majlis berlangsung dengan acara memotong kek dan juga penyampain hadiah cenderamata.
Mereka yang diraikan ialah
 Pn Ros Aida
Pn arbik Adawiyah
Pn noor Asma
En Syazwan Affandi
En Saipol
Pn JUeleana
En Ahmad Maswah